Saturday, April 18, 2009

Melaksanakan urusan di tempat kerja..

Tiap Urusan Perlu Di Bawa Bermesyuarat.
Firman Allah: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan dengan cara bermesyuarat sesama mereka, dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami beri kepadanya.” (As-Syuara: 38).
Mesyuarat Terlebih Dahulu Sebelum Melakukan Sesuatu.
Sabda Rasulullah: “Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendaklah bermesyuarat nescaya Allah akan memberi taufiq bagi memperelokkan urusan mereka” (Riwayat At-Tabrani)
Memberi Pandangan Yang Boleh Mendatangkan Kebaikan
Sabda Rasulullah: “Orang yang diminta nasihatnya adalah orang yang dipercayai, dan jika ia memberi nasihat maka di berikan nasihat yang ia sendiri ingin melaksanakan untuk dirinya sendiri.“ (Riwayat At-Tabrani).
Minta Bantuan Dari Orang Yang Lebih Arif.
Sabda Rasulullah: “Hendaklah kamu meminta pandangan daripada cerdik pandai nescaya kamu akan mendapat petunjuk dan janganlah kamu mengingkarinya, nescaya kamu menyesal” (Riwayat Al-Khatib)

0 comments: